Tuesday May 9, 2017
7:59 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bergambar pada majlis makan tengah hari bersama peserta Bengkel Permata Science Institute di London, 7 Mei 2017.— Foto BernamaIsteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bergambar pada majlis makan tengah hari bersama peserta Bengkel Permata Science Institute di London, 7 Mei 2017.— Foto BernamaKUALA LUMPUR, 9 Mei — Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengecam Sarawak Report yang terang-terang menunjukkan ketidaksopanan dan tidak beradab dengan mengekori dan mengganggu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata warga Sarawak Report bersikap kurang sopan dan hakikat bahawa mereka merasa mempunyai hak berbuat demikian menunjukkan mereka adalah golongan kelas bawahan.

“Kita jangkakan mereka yang dikatakan bertamadun di England akan sekurang-kurangnya menunjukkan rasa hormat kepada isteri perdana menteri negara luar tetapi nampaknya diplomasi hanya untuk orang mereka sahaja.

“Mereka melaungkan dakwaan palsu dengan menyatakan kebebasan akhbar membolehkan mereka berkata apa saja.

“Mereka kemudian bertanya kepada Rosmah mengapa pergi ke United Kingdom (UK) jika tidak mahu diekori,” kata Salleh dalam blognya, sskeruak.blogspot.my, semalam.

Beliau juga menjelaskan Sarawak Report enggan menyiarkan akaun mereka atau mendedahkan sumber dana yang diperoleh yang menunjukkan mereka sendiri tidak telus tetapi pada masa sama menuduh pihak lain.

Sarawak Report telah melemparkan beberapa tuduhan terhadap Rosmah yang ketika ini sedang melawat UK.

Penaung Permata Negara itu kini berada di UK untuk lawatan tujuh hari sejak Khamis hingga 10 Mei ini bagi meluaskan program Permata. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline