Friday October 6, 2017
11:41 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Paparan skrin CCTV menunjukkan seorang gadis membuang air besar berhampiran sebuah kedai dobi. — Foto ihsan Facebook/Cempedak Cheese Paparan skrin CCTV menunjukkan seorang gadis membuang air besar berhampiran sebuah kedai dobi. — Foto ihsan Facebook/Cempedak Cheese SEREMBAN, 6 Okt — Seorang remaja perempuan membuang air besar di depan sebuah kedai dobi sebanyak tiga kali.

Pengusaha perniagaan mulanya menyangka najis anjing sebelum menganggap remaja itu “terdesak” apabila mengetahui hal sebenar menerusi semakan CCTV, lapor Harian Metro.

Datuk Adzwan Ab Manas berkata najis itu ditemui berhampiran pintu masuk kedai dobi di Jalan Manickavasagam, Lobak di sini.

Tidak hirau kejadian pertama pertengahan bulan lalu, beliau berkata perbuatan sama berulang Selasa lalu, kali ini ada dua najis.

“Berdasarkan susuk tubuh yang dirakam dalam CCTV, saya percaya perbuatan itu dilakukan oleh orang yang sama,” katanya.

Beliau tidak tahu motif perbuatan tersebut tetapi kecewa kerana pelakuan itu direstui seorang wanita dewasa, dipercayai ibu gadis tersebut.

Beliau yang tiga tahun mengendalikan perniagaan di situ, hairan kerana ada banyak tandas di kedai berhampiran boleh digunakan.

Adzwan kemudian membuat laporan polis.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline