Sunday July 31, 2016
9:57 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Donald Duck, watak animasi popular Walt Disney, dipaksa menelan propaganda Nazi dengan membaca ‘Mein Kampf.’ ― Foto ihsan filem Der Fuehrer's FaceDonald Duck, watak animasi popular Walt Disney, dipaksa menelan propaganda Nazi dengan membaca ‘Mein Kampf.’ ― Foto ihsan filem Der Fuehrer's FaceSIBERIA, 31 Jul ― Enam tahun lalu Rusia mengharamkan filem kartun Donald Duck, yang memperkecilkan Adolf Hitler, dengan sangkaan animasi itu “bahan yang melampau.”

Animasi Der Fuehrer's Face, keluaran tahun 1942, selama lapan minit yang menang anugerah Oscar antara lebih 3,700 bahan larangan, senarai yang diperkenalkan sejak 2002.

Larangan itu dibuat mahkamah Petropavlovsk Kamchatsky, ibu negeri wilayah Kamchatka di timur Siberia, lapor portal Siberian Times pada Khamis lalu.

Pada 2012, seorang penduduk yang memuatkan video arahan Jack Kinney itu dijatuhkan hukuman enam bulan atas dakwaan “menghasut kebencian kaum,” lapor Daily Mirror kelmarin.

Pendakwa kemudian menggugurkan kartun Donald Duck tersebut daripada senarai bahan terlarang selepas menyedari kandungannya itu sebenarnya menentang Nazi.

Der Fuehrer's Face memaparkan watak itik Walt Disney mengalami mimpi ngeri, hidup sengsara akibat dipaksa bekerja di kilang senjata Nazi dan menelan propaganda Jerman itu.

Sebarang imej Nazi, termasuk lambang swastika, dilarang di Rusia, musuh Hitler pada Perang Dunia Kedua. Mungkin pendakwa menyangka Donald Duck itu pro-Hitler.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline