Last updated Saturday, December 10, 2016 10:51 am GMT+8

Thursday December 1, 2016
3:05 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang nenek menjadi pengutip sampah yang dikitar semula untuk menyara dua anak dan enam cucu. — Foto fail oleh Sri UmeswaranSeorang nenek menjadi pengutip sampah yang dikitar semula untuk menyara dua anak dan enam cucu. — Foto fail oleh Sri Umeswaran

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Seorang nenek sanggup menjadi pengutip sampah bagi menyara dua orang anak perempuan dan enam cucu.

Nor Azian Yusuf, 58, berkata dia terpaksa menolak  troli sejauh sembilan kilometer mencari botol plastik dan tin aluminium termasuk di tong sampah di sekitar Setapak dan Gombak.

“Bukan mudah memenuhkan satu plastik sampah besar dengan barangan kitar semula itu kerana ia mengambil masa sehingga tiga ke empat hari,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

“Apabila dijual pendapatan yang saya dapat tiap minggu RM40.

Mesra disapa Umi, sekilo botol plastik dijual dengan harga 60 sen dan tin aluminium sekitar RM3.60 disekitar rumahnya di Jalan Semarak.

Hasil pendapatan itu katanya untuk membantu anaknya berstatus ibu tunggal dan menjaga seorang lagi anaknya yang Orang Kurang Upaya (OKU), serta duit saku untuk cucunya bersekolah.

Namun dia tidak keseorangan kerana antara cucunya yang berusia antara 18 bulan dan 10 tahun, empat yang bersekolah bergilir-gilir menemaninya untuk mencari barangan tersebut.

‘“Saya sedih apabila orang hina cucu saya tetapi hanya nasihat mampu saya berikan.

“Saya selalu ingatkan kepada cucu, sampah orang adalah rezeki kita. Jangan sesekali berasa malu kerana ia rezeki halal. Kita bukan minta sedekah, tetapi usaha sendiri dengan kudrat yang ada,” katanya.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline