Last updated Tuesday, March 28, 2017 11:59 pm GMT+8

Sunday March 19, 2017
8:11 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Salman Khan dijadual menjayakan konsert  “Da Bangg The Tour 2017” pada 14 April di Pusat Konvensyen Mines, Seri Kembangan.— Foto ihsan/CinemaOnlineSalman Khan dijadual menjayakan konsert “Da Bangg The Tour 2017” pada 14 April di Pusat Konvensyen Mines, Seri Kembangan.— Foto ihsan/CinemaOnlineKUALA LUMPUR, 19 Mac — Bintang Bollywood Salman Khan dipelawa menilai sendiri keharmonian kaum di Malaysia sebelum ia bertukar menjadi sentimen politik menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak berkata lazimnya apabila PRU menjelang isu-isu perkauman dan sensitif akan dijadikan modal, menyebabkan hubungan yang aman kelihatan tegang.

“Saya mahu Salman datang dan nilai sendiri hubungan antara kaum di Malaysia ini.

“Situasi ini akan berubah apabila menjelangnya pilihan raya nanti. Inilah modal Umno BN yang sering diulang-ulang saban kali menjelang PRU,” kata Sandrea Ng dalam kenyataan hari ini.

Menyambut baik jelajah konsert “Da Bangg The Tour 2017” pada 14 April depan, katanya kedatangan Salman ke negara ini mungkin dapat mengeratkan hubungan antara Malaysia dan India selepas China.

“Saya difahamkan juga tiket bagi Zon Sultan yang dijual pada harga RM2,222 telah habis terjual di konsert ini.

“Sekalipun Malaysia berdepan masalah ekonomi tidak menentu, tiket mahal berkenaan tetap menjadi pilihan peminat,” katanya.

Selain Salman, konsert di Pusat Konvensyen Mines, Seri Kembangan dijangka menampilkan Prabhu Deva, Tamannah, Bipasha Basu, Badshah, Manish Paul dan Daisy Shah.

Malaysia dipilih sebagai lokasi pertama siri jelajah konsert, diikuti Hong Kong, Auckland, Sydney dan Melbourne.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline