Last updated Thursday, December 08, 2016 11:54 am GMT+8

Wednesday October 19, 2016
10:08 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Juanda Jaya, bekas mufti Perlis, risau usul PAS ‘mencemarkan Islam sebab bawa perkara yang mengelirukan.’ — Foto oleh Choo Choy MayJuanda Jaya, bekas mufti Perlis, risau usul PAS ‘mencemarkan Islam sebab bawa perkara yang mengelirukan.’ — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 19 Okt — PAS perlu terbuka jika ada pihak yang mendakwa Rang Undang-Undang (RUU) persendirian yang dibawa presidennya bukan berdasarkan hukum Tuhan, kata bekas mufti Perlis.

Datuk Dr Juanda Jaya berkata dengan tiada perincian umum maka RUU itu sekadar dilihat satu cadangan manusia yang diberikan baju agama.

“Sebab itu saya sebut RUU 355, RUU yang kabur. Kalau orang nak marah, marahlah. Sebab kita pun tahu mereka sendiri tak tahu apa yang nak dijelaskan.

“Sekejap kata nak laksana hudud, sekejap kata tidak pula. Undang-undang ini benda yang jelas. Langgar lampu merah kita tahu berapa dendanya. Ini nak laksanakan undang-undang Tuhan.

“Jangan marah jika ada orang kata RUU 355 tidak sakral (kudus). Ia hanya undang-undang cadangan manusia. Barangkali diberi baju agama,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.

Dewan Rakyat yang mula bersidang kelmarin dijangka akan membahaskan RUU persendirian PAS bagi memperkasakan mahkamah syariah.

RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016, yang sering didakwa membuka laluan untuk pelaksanaan hudud, dipertikaikan oleh wakil-wakil pembangkang dan Barisan Nasional.

Namun kerajaan dan PAS menafikan ia bertujuan membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu, sebaliknya ia hanya bertujuan memperkasakan mahkamah syariah.

Juanda, 44, berkata umat Islam perlu kembali pada sejarah Rasulullah apabila akidah, ibadah dan akhlak diperkukuhkan sebelum membicarakan hukuman syariah.

“Mengapa wahyu pertama dalam Islam bukan hudud tetapi Iqra? Bacalah, pendidikan yang diutamakan. Berapa lama? Lebih 20 tahun.

“Kemudian aspek kepercayaan, ibadah, pembinaan akhlak dan moral. Hujung baru pergi kepada perkara itu.

“Itu pun berapa sahaja dalam catatan sejarah. Sedangkan manusia yang paling lengkap catatannya ialah Rasulullah,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Jemoreng berkata PAS tidak seharusnya mempolitikkan agama dalam RUU yang ingin dibentangkan mereka.

Katanya, apa yang dibimbangkan ialah hudud dimainkan sebagai satu alat untuk menggalakkan ekstremisme dalam Islam.

“Saya minta semua pihak, jangan heret agama dalam agenda politik. RUU 355 ialah RUU yang tidak jelas. Ke mana hala tujunya?

“Kita berada dalam suasana yang saya cukup bimbang. Pencemaran terhadap agama itu sedang menjadi-jadi.

“Kita tahu enakmen di Kelantan dan Terengganu ada banyak masalah. Itu pun tidak selesai lagi,” katanya.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline