Last updated Thursday, March 30, 2017 8:46 am GMT+8

Sunday December 27, 2015
5:42 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Ahmad Razif menuntut Putrajaya melunaskan RM1.85 bilion kos pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 — Foto ehsan Facebook/LPT2  Datuk Seri Ahmad Razif menuntut Putrajaya melunaskan RM1.85 bilion kos pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 — Foto ehsan Facebook/LPT2 KUALA TERENGGANU, 27 Dis — Kerajaan Terengganu berharap Kerajaan Persekutuan menyegerakan bayaran kos pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sebanyak RM1.85 bilion. 

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata jumlah tersebut merupakan pendahuluan yang diberi oleh kerajaan negeri dan sepatutnya dibayar semula mengikut kaedah tertentu.

“Pada dasarnya kerajaan pusat telah bersetuju membayar balik wang sebanyak RM1.85 bilion itu kepada Terengganu, cuma kaedahnya perlu diteliti dan perkara ini perlu dibincangkan. 

“Kita berharap sangat supaya pembayaran itu disegerakan,” katanya kepada pemberita pada majlis penganugerahan Sarjana Terengganu di bawah tajaan Yayasan Terengganu (YT) di sini hari ini.

LPT2 sepanjang 184 kilometre dari Jabor, Kemaman ke Gemuroh, Kuala Nerus siap dibina dan dibuka kepada lalu lintas setahun lalu melibatkan peruntukan keseluruhan RM4.25 bilion.

Sementara itu berhubung isu vape, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri akan membuat keputusan sama ada mengharamkan penjualan atau sebaliknya selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) mengeluarkan fatwa.

Katanya, JHEAT akan bermesyuarat dalam jangka masa terdekat dan selepas itu kerajaan negeri bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengadakan dialog dengan pengusaha yang turut dihadiri Mufti. 

“Kita cuba mencari jalan penyelesaian terbaik supaya tiada yang menjadi mangsa dalam masalah ini,” katanya.

Pada majlis penganugerahan tersebut, pihak yayasan memperuntukkan RM1.02 juta kepada 314 pelajar sebagai hadiah terhadap kecemerlangan masing-masing dalam bidang pendidikan.

Sepanjang 17 tahun programme itu diadakan yang bermula 1998, YT membelanjakan kira-kira RM4.1 bilion melibatkan 1,037 penerima. — Bernama 

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline