Tuesday June 20, 2017
1:11 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Rumah Romly Ismail yang terletak di selekoh jalan kerap menjadi sasaran rempuhan kenderaan yang terbabas. — Foto ihsan Facebook/Jejaka MusafirRumah Romly Ismail yang terletak di selekoh jalan kerap menjadi sasaran rempuhan kenderaan yang terbabas. — Foto ihsan Facebook/Jejaka MusafirPERMAISURI, 20 Jun — Rumah seorang pesara bomba di satu selekoh jalan di sini, dirempuh lebih 70 kali akibat kenderaan terbabas.

Rumah Romly Ismail, 60, di kilometer 48 menghala ke Kuala Terengganu mula menjadi sasaran rempuhan sejak kerja melebar jalan pada 2011.

Beliau berkata kejadian kerap berlaku akibat jalan licin selepas hujan sama ada pada lewat petang atau Subuh, lapor Harian Metro.

“Lebih 70 kali kenderaan terbabas dan merempuh rumah kami sejak enam tahun lalu,” katanya.

Merujuk kemalangan membabit treler dan pacuan empat roda di depan rumahnya pada 27 Mei lalu, Ramli berkata kejadian itu mengakibatkan kematian.

Beliau berkata dinding rumah ibu bapanya yang tinggal berjiran juga pernah dirempuh kereta Perodua Myvi pada 1 April lalu.

“Bukan semua pemandu sanggup membayar ganti rugi untuk membaiki kerosakan, jadi saya tanggung sendiri kerugian itu,” katanya.

Namun, Romly berkata tiada lagi rempuhan sejak Jabatan Kerja Raya (JKR) meletakkan benteng batu bagi mengelak kenderaan terbabas memasuki rumahnya, setakat ini.

Bimbang keselamatan keluarganya, beliau berharap pihak berkuasa menambah papan tanda amaran dan memasang lampu jalan di situ.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline