Saturday August 12, 2017
5:24 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sepasang suami isteri disyaki mengedar dadah direman seminggu selepas diserbu polis di Felda Bukit Aping Timur, pagi semalam. — Foto ReutersSepasang suami isteri disyaki mengedar dadah direman seminggu selepas diserbu polis di Felda Bukit Aping Timur, pagi semalam. — Foto ReutersKOTA TINGGI, 12 Ogos — Sepasang suami isteri disyaki mengedar dadah direman seminggu selepas diserbu polis di Felda Bukit Aping Timur, pagi semalam.

Pasangan itu, yang menjadikan rumah arwah bapa lelaki sebagai lokasi pengedaran, ditahan sehingga 18 Ogos ini, lapor Harian Metro.

Lelaki tempatan, 35, bersama isterinya warga Indonesia didakwa mengedar dadah jenis heroin, syabu dan 104 biji eramin 5.

Ketua polis daerah Kota Tinggi berkata rampasan pada pukul 7.10 pagi itu melibatkan jumlah anggaran RM9,000.

“Kita percaya suspek lelaki ini mendapat bekalan dadah daripada lelaki yang datang ke felda itu.

[...] bekalan terbabit akan dijual di sekitar Felda Aping dan Kuala Sedili,” kata Supt Ahsmon Bajah. Lelaki itu ada rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Ujian air kencing terhadap lelaki terbabit, yang bekerja di ladang kelapa sawit, positif tetapi isterinya negatif, kata Ahsmon.

Honda Odyssey nombor pendaftaran Singapura, turut dirampas.

Kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline