Wednesday September 13, 2017
12:17 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datin Seri Rosmah Mansor menasihati pelajar Permata Pintar di Amerika Syarikat meneruskan pengajian ke peringkat lepasan ijazah dan mengikuti program pasca kedoktoran. ―  Foto BernamaDatin Seri Rosmah Mansor menasihati pelajar Permata Pintar di Amerika Syarikat meneruskan pengajian ke peringkat lepasan ijazah dan mengikuti program pasca kedoktoran. ― Foto BernamaWASHINGTON, 13 Sept ― Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menasihati pelajar Permata Pintar supaya meneruskan pengajian mereka ke peringkat lepasan ijazah dan mengikuti program pasca kedoktoran sebaik selesai peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Rosmah bercakap pada majlis makan tengah hari pada Selasa bersama 15 pelajar Permata Pintar yang belajar di bahagian pantai timur dan barat tengah Amerika Syarikat, di Rumah Malaysia, kediaman rasmi Duta Malaysia di Forest Hill, di sini.

Rosmah berkata Permata akan cuba membantu menerusi Pusat Kecemerlangan “Top STEM Talents” dan Yayasan Pintar yang diwujudkan untuk menyediakan bantuan kepada pelajar pintar dan berbakat besar dalam bidang akademik yang memerlukan bantuan kewangan dalam beralih daripada ijazah pertama kepada ijazah lanjutan.

Beliau berkata bantuan itu adalah langkah merapatkan jurang perbezaan bagi meningkatkan peluang pelajar untuk diterima masuk ke sekolah siswazah pilihan mereka dalam lingkungan bidang pengajian yang diperlukan Malaysia pada tahun 2050.

Para pelajar berkenaan turut mendapatkan pandangan Rosmah terhadap masa depan mereka dalam pengajian ijazah lanjutan dan peranan mereka dalam membantu Malaysia bergerak ke arah Revolusi  Perindustrian keempat, dan Transformasi Nasional 2050.

Rosmah mengiringi Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald Trump di Rumah Putih sebagai sebahagian daripada lawatan kerja tiga hari beliau ke sini. ― Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline