Last updated Saturday, December 10, 2016 9:01 am GMT+8

Friday December 2, 2016
3:51 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datin Seri Rosmah Mansor menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak oleh WCES dalam satu majlis hari ini. — Foto BernamaDatin Seri Rosmah Mansor menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak oleh WCES dalam satu majlis hari ini. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 2 Dis ― Kepimpinan isteri perdana menteri mengenai pendidikan awal kanak-kanak dalam Program Permata Negara (Permata) dihargai apabila menerima anugerah bertaraf dunia.

Datin Seri Rosmah Mansor terpilih menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat oleh Sidang Kemuncak Ekonomi China Sedunia (WCES), lapor portal Berita Harian.

Penyampaian anugerah terulung turut menghargai sumbangan Rosmah kepada Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

Anugerah disampaikan Pengerusi WCES dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepemimpinan dan Strategi Asia (Asli), Tan Sri Michael Yeoh di sini, hari ini.

Program Permata ditubuhkan sejak tahun 2007 mensasarkan kanak-kanak, remaja terpinggir dan yang kurang peluang dari golongan berpendapatan rendah untuk menyerlahkan bakat.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline