Wednesday August 9, 2017
4:32 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Kira-kira 20 petugas media menunggu di kompleks mahkamah Putrajaya sejak jam 8 pagi bagi mengikuti perkembangan bapa yang berdepan 600 pertuduhan merogol dan meliwat anak gadisnya. — Paparan skrin Google Kira-kira 20 petugas media menunggu di kompleks mahkamah Putrajaya sejak jam 8 pagi bagi mengikuti perkembangan bapa yang berdepan 600 pertuduhan merogol dan meliwat anak gadisnya. — Paparan skrin Google

PUTRAJAYA, 9 Ogos — Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas 182 tuduhan rogol dan liwat terhadap anak perempuannya sejak awal tahun ini.

Agen unit amanah itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah pangsapuri di Sungei Way, Petaling Jaya di antara 1 Januari hingga 21 Julai lalu, lapor Sinar Harian.

Bapa kepada tiga orang anak itu turut berdepan 150 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa, di tempat sama.

Tertuduh juga didakwa melakukan 30 perbuatan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun.

Lelaki berusia 36 tahun itu didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) dan 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2016, Seksyen 14/16 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 376A Kanun Keseksaan.

Mahkamah Sesyen Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini akan bersidang lagi esok bagi mendengar lebih 400 pertuduhan lain.

Hakim Yong Zarida Sazali tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Tertuduh sebelum ini dilaporkan berdepan lebih 600 tuduhan bawah Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline