Saturday August 12, 2017
7:37 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Empat lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Samarahan pada 12 Ogos 2017 bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan berhubung kes rogol dua beradik di Kampung Daha Seroban, Serian. — Foto BernamaEmpat lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Samarahan pada 12 Ogos 2017 bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan berhubung kes rogol dua beradik di Kampung Daha Seroban, Serian. — Foto BernamaKOTA SAMARAHAN, 12 Ogos — Empat lelaki yang ditahan di Kampung Daha Seroban, Serian, direman seminggu berhubung kes rogol dua beradik sejak enam tahun lalu.

Mahkamah Majistret di sini memerintahkan datuk, bapa kandung serta dua bapa saudara mangsa ditahan di IPD Serian bagi melengkapkan siasatan kes itu, lapor Berita Harian.

Mereka disiasat bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana merogol. Jika sabit, boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

Perbuatan terkutuk empat individu itu terbongkar ekoran aduan pihak hospital bahawa mangsa, 19, didapati hamil 25 minggu selepas mendakwa dirogol lelaki terbabit.

Gadis itu turut mendedahkan adiknya, 14, juga dirogol sejak umur sembilan tahun, yang mendorong polis bertindak. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline