Tuesday November 14, 2017
12:22 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang bapa enam anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. — Paparan skrin GoogleSeorang bapa enam anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. — Paparan skrin GoogleMELAKA, 14 Nov — Seorang bapa enam anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, tiga tahun lepas.

Tertuduh yang berumur 32 tahun itu didakwa melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak perempuan yang juga rakan kepada adik lelakinya itu di sebuah rumah di Umbai, Jasin dekat sini, antara 1 tengah hari dan 4 petang, Februari 2014.

Tertuduh yang bekerja sebagai pemetik kelapa didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Dis untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa ASP Nora Yaacob, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline