Last updated Saturday, December 10, 2016 4:42 pm GMT+8

Thursday December 1, 2016
2:31 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sufian Suhaimi ketika menyampaikan lagu ‘Terakhir’ dalam program hiburan Muzik-Muzik peringkat separuh akhir, awal November lalu. ― Foto oleh Yusof Mat IsaSufian Suhaimi ketika menyampaikan lagu ‘Terakhir’ dalam program hiburan Muzik-Muzik peringkat separuh akhir, awal November lalu. ― Foto oleh Yusof Mat IsaSHAH ALAM, 1 Dis ― Sibuk dengan pengajian peringkat sarjana yang masih berbaki satu semester, penyanyi Sufian Suhaimi tidak mahu mengutamakan percintaan.

Penyanyi itu, yang berjaya muncul di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL), berkata masa untuk diri sendiri seakan-akan terabai apabila banyak dihabiskan untuk akademik dan seni.

“Buat masa ini terlalu awal membicarakan soal cinta dan saya lebih selesa bergerak solo. Masa peribadi pun saya masih terkial-kial, inikan pula masa untuk bercinta.

“Mungkin kalau bercinta pun cepat putus. Jadi saya ambil keputusan untuk tidak bercinta,” kata Sufian, 24, kepada ProjekMMO.

Penyanyi Terakhir sedang melanjutkan pengajian sarjana komunikasi massa di Universiti Teknologi Mara di sini dan berhajat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Ditanya tentang ciri-ciri gadis pilihan hati, anak jati Pontian, Johor itu berkata memadai jika seseorang itu memahami, setia dan pandai memasak.

Bagaimanapun, katanya, gadis pilihan hati bukanlah rakan sekelas kerana berbeza faktor usia dan status.

“Peringkat sarjana biasanya orang yang sudah berkerjaya, berkahwin dan juga berumur. Saya antara yang muda dalam kelas.

“Ramai yang sudah berkahwin, beranak dan sebagainya. Disebabkan saya bukan sedang mencari, saya tidak merasa itu sebagai satu masalah.

“Ramai yang lebih matang daripada saya,” katanya sambil mengukir senyuman.

Penyanyi Harus Aku juga diminta mengulas penyanyi yang akan memberikannya saingan dalam AJL bulan depan.

Katanya, semua penyanyi mampu memberi saingan tetapi Aiman Tino yang mendendangkan lagu Ku Rela Dibenci dilihat lebih dekat dengan genrenya.

“Terpilih ke separuh akhir pun satu kejutan buat saya dan terpilih ke AJL bukan saja satu penghormatan tetapi satu tanggungjawab.  

“Saya akan galas untuk membuktikan saya bukan sekadar artis rakaman tetapi mampu buat persembahan yang baik secara langsung.

“Saya kagum dengan Aiman Tino. Dia akan jadi lawan yang sengit buat saya.

“Saya akan buat sesuatu yang berbeza di AJL. Mungkin persembahan AJL akan menjadi persembahan terbaik yang pernah saya persembahkan kepada penonton di luar sana,” katanya.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline