Thursday May 18, 2017
7:36 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Kamarul Hisham Mustaffa, 9, (foto) dan kakaknya Nurul Syafiqa, 17, dari Beaufort memiliki keistimewaan bermata biru. — Foto ihsan Facebook/Sakinah vs Ondu Kamarul Hisham Mustaffa, 9, (foto) dan kakaknya Nurul Syafiqa, 17, dari Beaufort memiliki keistimewaan bermata biru. — Foto ihsan Facebook/Sakinah vs Ondu PUTATAN, 18 Mei — Ada orang tergila-gila mahukan mata biru. Namun seorang kanak-kanak Sabah ini berasa rendah diri pula kerana warna matanya biru.

Rusyduddin Ronaldo Lee, 18, pernah diejek memiliki “mata hantu” dan menyorok di bawah meja ketika bersekolah di Tahun Satu, lapor portal Berita Harian.

“Ketika mula bersekolah rendah, saya berasa amat rendah diri kerana kelebihan ini sering diperkatakan sehingga ada ketikanya saya bersembunyi bawah meja.

“Masalah sama dihadapi ketika memasuki sekolah menengah apabila cikgu memanggil saya disebabkan mereka menyangka saya memakai kanta lekap,” katanya.

Sekolah menerima keunikan tersebut selepas ibu bapanya memberi penjelasan.

Sementara dua lagi adiknya Refnaldi Ronaldino Lee, 16, dan Syahirah Batrisyia Lee, 3, memiliki sebelah mata berwarna biru.

Sebelah mata Refnaldi berwarna coklat, sementara Syahirah pula kelabu.

Ibu mereka Amy Sofea Wasli, 40, percaya mata unik itu dipercayai diwarisi daripada keturunannya yang berdarah campuran.

Baru-baru ini, seorang remaja pernah dianggap melanggar peraturan sekolah dengan memakai kanta lekap sehingga dipanggil guru disiplin.

Nurul Syafiqa Mustafa Kamal, 17, berkata gurunya pada mulanya tidak percaya beliau memiliki warna mata yang asli.

Adiknya Kamarul Hisham, 9, mencuri perhatian awam apabila turut memiliki keunikan sama, hingga didakwa ada yang mahu “mencungkil” matanya.

Dua beradik itu mewarisi warna mata daripada ibunya yang berdarah Melayu, Brunei dan Pakistan. Namun wanita hanya memiliki mata biru di sebelah kiri.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline