Friday January 12, 2018
9:58 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Achey berkata semua peserta bertanding memberi saingan hebat namun yang paling memberi kesan ialah Abam. ― Foto-foto oleh Ahmad ZamzahuriAchey berkata semua peserta bertanding memberi saingan hebat namun yang paling memberi kesan ialah Abam. ― Foto-foto oleh Ahmad ZamzahuriPETALING JAYA, 12 Jan ― Merebut hadiah RM100,000 dalam pertandingan Bintang Bersama Bintang (BBB) 2018, pelawak Achey mengakui sekadar mengitar semula konsep lawak lama.

Achey, nama popular Mohd Nasir Hamzah, berkata walau cenderung mengitar semula namun isu yang dibangkitkan perlu segar diperkatakan ramai.

“Teknik, cara penyampaian atau latar boleh dikitar semula dengan cara lama tetapi kandungan perlu dicari yang segar atau isu semasa yang mahu didengar.

“Saya suka melebihkan artis jemputan saya. Apa yang boleh saya cungkil atau korek daripada mereka.

“Bukan saya sahaja yang ingin ditonton tetapi artis jemputan, sama ada mereka boleh melakukannya,” katanya kepada ProjekMMO.

Achey, Abam, Ajak, Issey, Shuk dan Mark Adam merupakan peserta yang akan bergandingan dengan artis jemputan setiap minggu. Achey, Abam, Ajak, Issey, Shuk dan Mark Adam merupakan peserta yang akan bergandingan dengan artis jemputan setiap minggu. Pelawak dari kumpulan Bochey ini ditemui ketika sidang media mengumumkan enam peserta BBB 2018 yang akan mula bersiaran 10 malam Ahad ini di TV3.

Selain, Achey, Abam, Ajak, Issey, Shuk dan Mark Adam merupakan peserta yang akan bergandingan dengan artis jemputan setiap minggu.

Berbeza seperti rancangan realiti lain, tiada penyingkiran setiap minggu tetapi juaranya membawa pulang RM10,000 dan johan di pentas akhir akan membawa pulang RM100,000.

Dibawakan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, rancangan ini dikemudi AG selain Saiful Apek dipilih sebagai juri tetap.

Achey, 31, berkata semua peserta bertanding memberi saingan hebat namun yang paling memberi kesan ialah Abam.

“Saingan paling dekat saya ialah Abam sebab cara kami komedi lebih kurang sama kerana kami satu kumpulan. Momentumnya sama tetapi berbeza dari segi olahan.

“Abam ada cerita yang bagus tetapi saya lebih mengolahkannya dan penyampaian serta latar lebih kepada Fad,” katanya tentang peranan ahli kumpulan Bochey.

Bercerita tentang kerjaya baru sebagai penyanyi, Achey berkata beberapa lagu lagi akan dirakamkan pada masa akan datang.

Katanya, sebagai pelawak yang menceburi bidang nyanyian, sambutan diterimanya amat menggalakkan.

“Lagu itu betul-betul menjadi dan mendapat sambutan untuk kategori saya.

“Saya akan buat lagu lain tetapi saya mengorak langkah dengan menyanyikan lagu bergenre semasa kemudian ke genre rancak dan sebagainya.

“Beberapa lagu sudah ada dalam fikiran saya cuma bagaimana untuk diterjemahkan ke lirik dan potongan lagu,” katanya yang mahu digelar penghibur versatil.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline