Friday August 25, 2017
10:45 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang pengamal perubatan Islam dihadap ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas dakwaan mencabul. — Paparan skrin Google Seorang pengamal perubatan Islam dihadap ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas dakwaan mencabul. — Paparan skrin Google KUALA TERENGGANU, 25 Ogos — Seorang pengamal perubatan tradisional mengaku tidak bersalah mencabul kehormatan seorang wanita tahun lalu.

Abdullah Muda, 60, mohon dibicarakan selepas didakwa mencabul mangsanya, 38 tahun, dengan niat mengaibkan kehormatannya, lapor Harian Metro.

Lelaki dari Marang itu dituduh melakukan perbuatan itu di kedai miliki wanita itu jam 4 petang di Chabang Tiga, di sini, pada 30 Oktober 2016.

Wanita itu dilaporkan mendakwa dicabul tertuduh ketika mendapatkan rawatan makhluk halus.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa didatangi tertuduh, memaklumkan mahu memandikannya dengan daun bidara sebagai susulan rawatan sebelum ini.

Pertuduhan dibuat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan depan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Jika sabit kesalahan, Abdullah boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mahkamah menetapkan 30 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline