Monday July 10, 2017
1:44 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ahmad Hasbullah Alias menarik diri sebagai calon pilihan raya akan datang kerana tidak ada persefahaman dengan Umno Larut. — Foto ihsan Facebook/Ahmad BakhtierAhmad Hasbullah Alias menarik diri sebagai calon pilihan raya akan datang kerana tidak ada persefahaman dengan Umno Larut. — Foto ihsan Facebook/Ahmad BakhtierBATU KURAU, 10 Julai — Adik Datuk Mohd Kazim Elias menarik diri sebagai calon pilihan raya kerana “rasa diketepikan” Umno bahagian Larut.

Wakil rakyat Kubu Gajah Ahmad Hasbullah Alias, 51, mengakui tidak sepakat dengan kepimpinan Umno Larut dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Beliau bersimpati dengan rakyat kerana masalah itu menyebabkan banyak agenda pembangunan gagal dilaksanakan, lapor Sinar Harian.

“Saya rasa sudah sampai masanya saya berundur untuk memberi peluang kepada golongan muda dan keputusan ini dibuat setelah saya berfikir dengan semasak-masaknya,” katanya.

Katanya kerjasama utuh antara wakil rakyat dan kepimpinan bahagian penentu kejayaan seseorang wakil rakyat memberi khidmat.

Namun, beliau berasa agak diketepikan oleh pimpinan Umno bahagian dan wakil rakyat lain.

“Melihat keadaan itu, saya memikirkan keputusan mengundur diri adalah langkah terbaik demi memastikan calon wakil rakyat baharu dalam meneruskan agenda pembangunan rakyat Dun Kubu Gajah sebelum ini,” katanya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline