Friday August 4, 2017
10:59 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Imej kelibat putih (foto penjuru atas, kiri) yang kononnya didakwa hantu 'pocong' di stesen MRT Cheras seperti tersebar di Facebook.Imej kelibat putih (foto penjuru atas, kiri) yang kononnya didakwa hantu 'pocong' di stesen MRT Cheras seperti tersebar di Facebook.KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Tiada hantu pocong di stesen Transit Aliran Massa (MRT) seperti yang menular dalam media sosial, kata Rapid Rail Sdn Bhd.

Syarikat pengangkutan awam itu kesal penyebaran imej menyerupai lembaga putih itu dan berharap orang ramai tidak terpengaruh dengannya, lapor Kosmo!

"Itu hanya rekaan semata-mata oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi menakut-nakutkan orang ramai," kata jurucakapnya Lim Jin Aun.

"Saya harap isu ini tidak digembar-gemburkan lagi oleh mana-mana pihak supaya orang ramai tidak terus keliru."

Satu imej "pocong" yang sedang berdiri di sebalik tiang di stesen MRT Cheras, didakwa dirakam kamera CCTV, menular di media sosial beberapa hari lalu.

Seorang pengguna MRT Izzul Ashraf Mohamed dilaporkan berkata beliau gerun melihat imej "pocong" itu namun meraguinya kerana ia seperti disunting.

"Saya membandingkan gambar tersebut dengan meneliti sebuah laman sesawang dan mendapti terdapat perbezaan pada corak lantai MRT dengan gambar yang dirakam dalam CCTV berkenaan," katanya.

Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) dilengkapi 6,018 CCTV. Sebanyak 2,552 buah ditempatkan di dalam dan luar tren MRT.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline