Friday November 10, 2017
1:23 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang budak lelaki 10 tahun dirantai lehernya dan ditambat pada tong gas ditemui polis di rumah ibunya di Indera Mahkota, Kuantan 6 Oktober 2017. — Foto ihsan Facebook/Penyu Baru Seorang budak lelaki 10 tahun dirantai lehernya dan ditambat pada tong gas ditemui polis di rumah ibunya di Indera Mahkota, Kuantan 6 Oktober 2017. — Foto ihsan Facebook/Penyu Baru

KUANTAN, 10 Nov ― Suami isteri dituduh menganiaya anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun dengan merantai lehernya pada tong gas di rumah mereka.

Pasangan itu, yang mengaku tidak bersalah, dibenar ikat jamin RM6,000 seorang dengan satu penjamin, lapor Utusan Online hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Unaizah Mohd menetapkan 9 Januari ini untuk sebutan semula kes. 

Mangsa, anak ketiga daripada lima beradik, ditemui diikat pada tong gas selepas polis memecah masuk rumah pasangan itu di Indera Mahkota 1 di sini.

Kanak-kanak itu dilaporkan diperlakukan sedemikian pada 6 Oktober lalu oleh bapa tirinya, seorang anggota tentera, dengan alasan pulang lewat.

Susulan itu, bapa tirinya, 32 tahun, dan ibunya, 37 tahun, ditahan bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak iaitu mendera, mengabai dan menganiaya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline