Last updated Tuesday, December 06, 2016 11:46 pm GMT+8

Tuesday November 29, 2016
2:33 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Rani berkata kejadian yang berlaku di pusat beli belah Summit itu menyebabkan tangan kirinya terhiris terkena penghadang besi. — Foto ihsan Facebook/Abdul Rani KulupRani berkata kejadian yang berlaku di pusat beli belah Summit itu menyebabkan tangan kirinya terhiris terkena penghadang besi. — Foto ihsan Facebook/Abdul Rani KulupKUALA LUMPUR, 29 Nov — Aktivis Abdul Rani Kulup Abdullah menerima 13 jahitan selepas tangan kirinya terkoyak ketika merasmikan pertandingan boling pada Ahad.

Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas dinasihatkan klinik swasta agar mendapatkan rawatan lanjut.

“Tapak tangan kiri saya terkoyak dan berdarah tetapi saya sembunyikannya dengan cara menggenggam bagi mengelak orang sekeliling panik.

“Saya hanya menunjukkan kecederaan itu kepada rakan yang juga penganjur dan menasihatkan saya supaya ke klinik,” katanya ketika dihubungi Malay Mail Online.

Rani berkata kejadian yang berlaku di pusat beli belah Summit itu menyebabkan tangan kirinya terhiris terkena penghadang besi.

“Saya kembali ke acara itu selepas rawatan kerana ada upacara penyampaian hadiah yang perlu saya hadiri.

“Saya terima tiga jahitan di bahagian dalam dan 10 di bahagian luar,” katanya.

Baca selanjutnya di Malay Mail Online

 

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline