Last updated Sunday, September 25, 2016 8:25 pm GMT+8

Thursday September 22, 2016
4:00 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

David Christopher, 65, menjual patung permainan Pokemon sehingga digelar ‘Raja Pokemon’ — Foto oleh Choo Choy May David Christopher, 65, menjual patung permainan Pokemon sehingga digelar ‘Raja Pokemon’ — Foto oleh Choo Choy May

PETALING JAYA, 22 Sept ― Dikenali sebagai pakcik menjual patung mainan kanak-kanak di Damansara Utama, David Christopher kini digelar “Raja Pokemon” oleh pengedar kerana jualannya melonjak ekoran kemurnian hati rakyat Malaysia.

David, 65, mendakwa tidak pernah mendapat permintaan tinggi patung mainan itu sejak 15 tahun memulakan perniagaan, dan kini membantunya meneruskan hidup selepas mendapat diagnosis leukemia.

“Bagaimana saya menyentuh hati orang ramai, begitu juga mereka menyentuh hati saya.

“Ia menunjukkan betapa penyayangnya orang di luar sana,” katanya ketika ditemui di luar bank HSBC di sini semalam.

Penjaja ini mendapat perhatian media sosial selepas seorang pelanggan tidak mengambil tempahan 250 patung mainan itu yang turut meruntun hati orang ramai untuk tampil membantu.

“Sebelum Pokemon menjadi viral, susah untuk menjual 50 patung mainan ini dalam tempoh seminggu.

“Namun apabila ia menjadi sebutan ramai, jualan saya mencecah 300 unit sehari dan kini saya dapat menjual 1,000 unit dalam masa tiga hari,” katanya.

Pengguna beratur panjang untuk membeli patung Pokemon daripada David Christopher. — Foto oleh Choo Choy May Pengguna beratur panjang untuk membeli patung Pokemon daripada David Christopher. — Foto oleh Choo Choy May Jualan yang memberangsangkan membuatkan David kini berulang alik dua kali sehari menjual mainan itu. Mereka yang menempah permainan melalui SMS mencecah 200 sehari.

Sebelum ini menggunakan pengangkutan awam, beliau kini juga menggunakan teksi bagi memudahkan urusan membawa ratusan patung mainan yang diambil daripada pembekal di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

“Jun, Julai dan Ogos, saya melalui waktu sukar. Ada yang meminta saya menjual dadah dan senjata api tetapi saya tak mahu.

“Saya rela berjuang mencapai sasaran demi menjaga anak saya. Saya hanya makan sandwic dan yang ringkas-ringkas,” katanya.

Walaupun disahkan menghidap leukemia pada Mac, David melihat jualannya sebagai satu khidmat kepada masyarakat dengan menawarkan harga yang lebih murah, cuma mengambil untung RM3 seunit.

Menjangkau jangkaan doktor yang mendakwa dia hanya dapat hidup untuk tempoh enam bulan, David berkata doa daripada pelbagai kaum menyumbang pada kesihatannya.

“Sekarang saya percaya telah sembuh kerana doa mereka. Doktor pun terkejut bertanyakan perkembangan saya.

“Saya hanya berkata ubat ialah doa,” katanya.

Baca selanjutnya di Malay Mail Online

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline