Last updated Tuesday, December 06, 2016 11:46 pm GMT+8

Wednesday November 30, 2016
4:49 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Tidak perlu jumpa doktor, kaedah pengambilan ubat melalui SMS dan Pos Laju hanya boleh digunakan oleh pesakit yang mengambil ubat susulan di klinik kesihatan sahaja. ― Foto AFPTidak perlu jumpa doktor, kaedah pengambilan ubat melalui SMS dan Pos Laju hanya boleh digunakan oleh pesakit yang mengambil ubat susulan di klinik kesihatan sahaja. ― Foto AFPPUTRAJAYA, 30 Nov ― Pengambilan ubat dengan menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) sebelum datang ke klinik kesihatan dan penghantaran ubat ke rumah pesakit menggunakan khidmat Pos Laju merupakan langkah yang akan diperkenalkan di klinik kesihatan di bandar-bandar besar untuk mengatasi kesesakan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, kaedah berkenaan hanya boleh digunakan oleh pesakit yang mengambil ubat susulan di klinik kesihatan dan tidak perlu berjumpa dengan doktor sahaja.

“Satu lagi langkah untuk mengatasi masalah kesesakan di klinik kesihatan di bandar-bandar besar ialah menetapkan temu janji untuk para pesakit berjumpa doktor iaitu sama ada waktu di waktu pagi, tengahari dan petang.      

“Ini bertujuan memendekkan waktu menunggu pesakit,” katanya kepada pemberita selepas membawa rombongan media dari Putrajaya menyertai sesi lawatan beliau ke Klinik Kesihatan Puchong di sini hari ini.

Kata Dr Subramaniam, selain langkah-langkah berkenaan beberapa klinik desa akan dinaik  taraf bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.            

Katanya, terdapat 920 klinik kesihatan dan 2,000 klinik desa di seluruh negara.   

Mengenai Klinik Kesihatan Puchong, beliau berkata klinik baharu bernilai RM25 juta sedang dibina di sebelah Klinik Kesihatan Puchong sekarang dan dijangka siap pada pertengahan tahun depan.               

“Klinik yang baharu dijangka mampu mengatasi masalah kesesakan yang dihadapi pada masa ini di mana 1,000 orang pesakit mendapatkan rawatan daripada 18 doktor bertugas.      

Ada pesakit yang terpaksa datang seawal 6 pagi untuk mendapatkan nombor giliran,” kata Dr Subramaniam lagi. ― Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline