Friday May 19, 2017
4:04 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang lepasan SPM meninggal dunia akibat kencing tikus selepas tiga hari dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA). — Foto ihsan Facebook/Sini LakenSeorang lepasan SPM meninggal dunia akibat kencing tikus selepas tiga hari dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA). — Foto ihsan Facebook/Sini LakenJOHOR BAHRU, 19 Mei — Seorang remaja lelaki meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini malam tadi akibat kencing tikus (leptospirosis) dan kegagalan organ berfungsi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata remaja berumur 18 tahun dan merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu meninggal dunia kira-kira 12 tengah malam.

"Saya dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor bahawa lelaki berasal dari Pekan Nenas, Pontian itu disahkan meninggal dunia setelah tiga hari berada di Unit Rawatan Rapi, HSA.

"Dikatakan bahawa dia ada mengunjungi Air Terjun Gunung Pulai pada April lepas dan pada awalnya, dia mengalami sakit perut, selesema, demam selama tiga hari serta lemah anggota badan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ayub berkata Jabatan Kesihatan Negeri Johor kini dalam proses penyiasatan dan mengenal pasti pergerakan lelaki itu sebelum dia dimasukkan ke hospital.

Beliau sehubungan itu, menasihati semua pengunjung mana-mana air terjun atau pusat rekreasi sekitar April dan bulan ini untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital dan klinik kesihatan dengan kadar segera. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline