Last updated Monday, March 27, 2017 2:38 pm GMT+8

Tuesday March 21, 2017
6:32 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Kecik (tengah) ketika bersama kumpulan Hyper Act menyanyikan lagu 'Takkan Pergi' semasa Separuh Akhir Muzik Muzik, 4 November 2016. — Foto oleh Yusof Mat IsaKecik (tengah) ketika bersama kumpulan Hyper Act menyanyikan lagu 'Takkan Pergi' semasa Separuh Akhir Muzik Muzik, 4 November 2016. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 21 Mac—Seorang bekas vokalis utama kumpulan Hyper Act, Kecik diperintah oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini membayar kompaun RM200 kepada teman wanitanya kerana mencederakan wanita itu.

Majistret Iriane Isabelo membuat keputusan itu, selepas kedua-dua pihak bersetuju kes diselesaikan secara bersama mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah.

Terdahulu, Kecik atau nama sebenarnya Muhammad Fauzi Kamaruddin, 22, mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Farah Nurizzati Salleh, 24, di Batu 6 ¾, Kampung Changkat, Gombak, di sini, pada 7.13 malam, 12 Mac lalu.

Dia yang memakai topeng muka selepas prosiding selesai, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, semasa prosiding mangsa yang berbaju kurung berbunga merah bersetuju supaya kes itu diselesaikan dengan kompaun RM200 dan jumlah itu juga dipersetujui tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya Azhwa Yusrie Mohamad tidak membantah jumlah itu dan menyerahkan kepada budi bicara mahkamah.

Tertuduh membayar kompaun itu. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline