Monday January 8, 2018
9:23 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Suspek ditahan reman tujuh hari manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. — Paparan skrin GoogleSuspek ditahan reman tujuh hari manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. — Paparan skrin GooglePASIR SALAK, 8 Jan — Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki membunuh saudaranya dalam satu pergaduhan di perkampungan Orang Asli di Kampung Chendrong Kelubi, Kampung Gajah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, suspek Rezeka Ravi, 51, dipercayai memukul Saleh Kambi, 51, menggunakan sebatang kayu bekas unggun api sehingga menyebabkan mangsa maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa dan suspek serta tiga lagi rakan mereka berkumpul di sebuah rumah kira-kira pukul 3 petang untuk minum arak.

“Berlaku pertengkaran di antara mangsa dengan  suspek, mereka saling tolak-menolak dan mencekik sehingga ke luar rumah sebelum suspek kemudian mengambil sebatang kayu api daripada bekas unggun api dan memukul kepala suspek.

“Motif kejadian dipercayai bermula daripada ejek-mengejek ketika mereka dalam keadaan mabuk,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohammad Zainal berkata suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. — Bernama 

Iklan

Iklan

MMO Instagram