Sunday September 10, 2017
10:28 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Kontroversi dengan pelakon baru Nur Afifah Nasir sekitar Julai lalu didakwa menjejaskan tawaran lakonan dan nyanyian Alif Aziz. — Foto ihsan Instagram/afifahnasir93Kontroversi dengan pelakon baru Nur Afifah Nasir sekitar Julai lalu didakwa menjejaskan tawaran lakonan dan nyanyian Alif Aziz. — Foto ihsan Instagram/afifahnasir93SHAH ALAM, 10 Sept ― Aliff Aziz mengakui tawaran lakonan dan nyanyian terjejas selepas kontroversi dengan Nur Afifah Nasir berlaku Julai lalu.

Namun, artis kelahiran Singapura tekad melupakan hal itu dan mahu berusaha keras mencari rezeki untuk keluarga, lapor Berita Harian.

"Sekarang adalah masa untuk saya bekerja lebih keras dan melupakan segala peristiwa hitam yang pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa sebaliknya berazam untuk membetulkan "keadaan" termasuk menumpu lebih masa kepada keluarga

"Publisiti buruk yang diterima memberi kesan kepada kerjaya seni, tetapi saya tidak mahu berfikiran negatif," katanya.

Aliff sebelum ini ditemui Dayang Nabellah Awang Astillahatau Bella, isteri dalam sebuah bilik karaoke bersama Afifah pada 27 Julai lalu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mereka berpegangan tangan ke bilik pusat hiburan di Cheras.

Aliff kemudian didakwa mengasari Bella yang dalam pantang kerana melahirkan anak sulung mereka sebelum ditahan polis dan dibebaskan 29 Julai lalu.

Beliau kemudian meminta maaf kepada Bella secara umum melalui sidang median, selain memberi penjelasan tertentu.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline