Saturday July 29, 2017
11:46 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Aliff Aziz dan Bella Astillah berkahwin pada September tahun lalu. ― Foto oleh Yusof Mat IsaAliff Aziz dan Bella Astillah berkahwin pada September tahun lalu. ― Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 29 Julai ― Pengurusan produksi sebuah drama enggan masuk campur kes pelakon Aliff Aziz dan seorang wanita yang ditemui berdua-duaan di sebuah pusat karaoke oleh isteri lelaki itu.

Pengurus produksi drama Izinkan Aku Mencintaimu berkata pihaknya “tidak tahu menahu” urusan peribadi kedua-dua individu terbabit kerana ia berlaku di luar lokasi penggambaran, lapor Harian Metro.

“Kami tidak tahu apa yang mereka lakukan di luar lokasi penggambaran. Buat apa saya nak bohong.

“Ini urusan peribadi mereka dan pihak produksi tidak masuk campur,” kata wanita yang dikenali sebagai “Kak Noi”.

“Malah kami juga tidak ada sebarang urusan pun dengan mereka di pusat karaoke itu kerana kami masih sibuk menghabiskan babak lain.”

Wanita itu menegaskan syarikat produksi juga tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu yang tercetus.

Kak Noi menjawab kenyataan Afifah, adik pelakon Anzalna Nasir, yang mengatakan pihak produksi akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu yang berlaku.

Sementara Kosmo! pula memetik laporan sebuah portal bahawa pelakon wanita itu mendakwa kejadian itu adalah “salah faham kerana pertemuan mereka atas urusan produksi.”

Awal pagi semalam Aliff, 27, ditahan polis kerana didakwa mencederakan isterinya Bella Astillah, 23, yang masih dalam pantang di pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras.

Bella yang baru 20 hari melahirkan bayi lelaki cedera di muka dan lutut akibat pergelutan sebelum membuat laporan polis.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline