Saturday September 16, 2017
10:41 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

PPBM, Amanah tanding PRU jika miliki calon ‘boleh menang’, kata Azmin. — Foto oleh Miera ZulyanaPPBM, Amanah tanding PRU jika miliki calon ‘boleh menang’, kata Azmin. — Foto oleh Miera ZulyanaSHAH ALAM, 16 Sept — PKR akan mempertimbangkan memberi kerusinya kepada Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berdasarkan faktor “boleh menang” kata timbalan presiden parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata apabila PKR pertama kali bertanding dalam pilihan raya pada 1999, parti itu tidak mempunyai kerusi tetapi DAP dan PAS baik hati memberikan beberapa kerusi untuk PKR bertanding.

“Prinsip saya jelas, PRU14 masa untuk PKR mempertimbangkan beberapa kerusi untuk rakan baharu dalam pakatan iaitu Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia,” kata beliau kepada pemberita selepas berucap pada forum Dialog Malaysia Baharu anjuran pakatan pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan di sini hari ini.

Mohamed Azmin, yang juga menteri besar Selangor berkata, faktor “boleh menang” ialah aspek penting yang perlu dipertimbangkan dalam pengagihan kerusi di Selangor.

“Selain pengagihan kerusi, kita juga perlu mengambil kira faktor “boleh menang” untuk calon parti.

“Jika seseorang itu dilihat mampu untuk meraih sokongan di kawasan tertentu, sudah tentu kita akan meletakkan orang itu bertanding atas tiket Pakatan.

“Lagipun, kita mahu menang sebagai Pakatan, bukan secara individu,” kata beliau. — Bernama 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline