Friday May 19, 2017
9:49 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Jenazah Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi diusung ke dalam van setelah selesai bedah siasat di Hospital Sultan Ismail (HSI) malam 26 April 2017. — Foto Bernama Jenazah Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi diusung ke dalam van setelah selesai bedah siasat di Hospital Sultan Ismail (HSI) malam 26 April 2017. — Foto Bernama SHAH ALAM, 19 Mei — Mayat pelajar tahfiz, yang dipotong dua kakinya, dilaporkan "tidak reput atau berbau busuk" walau hampir sebulan dikebumikan.

Mayat Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi “seolah-olah baru ditanam semalam” apabila digali untuk siasatan lanjut, lapor portal Mingguan Wanita.

Mayat murid 11 tahun itu digali pagi semalam bagi mendapat sampel baru setelah siasatan awal punca kematiannya tidak menemui apa-apa sebab.

Dikebumi 26 April lalu, jasad itu digali oleh hospital dengan kebenaran mahkamah dan disaksikan polis bagi mencari punca sebenar kematiannya.

Bapa saudara arwah Mas Arip bersama bapa mentuanya Ahmad Motai menjadi saksi bagi pihak keluarga proses penggalian kubur tersebut.

“Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam,” kata Mas Arip kepada portal tersebut semalam.

“Pihak forensik yang mengambil sampel dari kaki yang dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput [...]

“Allahu akbar! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan.”

Menurut Berita Harian, penggalian itu di kubur Felda Bukit Aping, Bukit Tinggi untuk mengambil sampel kaki yang didakwa rosak akibat dipukul pembantu warden.

Ibu saudara murid itu Dzuraidah Ahmad mengesahkan perkara tersebut. Ketua polis daerah Kota Tinggi Supt Ashmon Bajah juga mengesahkannya.

Nasib Mohamad Thaqif menjadi perhatian nasional apabila cedera teruk atas dakwaan didera oleh kakitangan sekolah tahfiznya di daerah itu pada 24 Mac.

Mangsa meninggal dunia 26 April sewaktu hospital merancang memotong tangannya, yang telah bertukar hitam seperti dua kakinya, bagi mengelak jangkitan kuman.

Pembantu warden itu ditahan reman berhubung dakwaan kes dera, namun kemudian ditahan lanjut bawah kes bunuh setelah kematian murid tersebut.

Lelaki itu dibebaskan pada 4 Mei lalu setelah polis mendapati tiada keterangan yang mencukupi untuk mendakwanya bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline