Sunday January 22, 2017
5:54 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis berkata sembilan fasilitator termasuk dua wanita turut ditahan bagimembantu siasatan mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan. — Foto ihsan Facebook/Info RoadblockPolis berkata sembilan fasilitator termasuk dua wanita turut ditahan bagimembantu siasatan mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan. — Foto ihsan Facebook/Info RoadblockKUANTAN, 22 Jan — Polis menahan 39 peserta satu program motivasi kerana disyaki berkelakuan lucah di tempat awam di sebuah resort di Bentong tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata polis menahan kumpulan lelaki berumur dalam lingkungan 19 hingga 23 tahun itu dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah malam setelah mendapat aduan daripada orang awam. 

“Polis mendapat maklumat daripada orang awam menerusi panggilan telefon pada pukul 6.12 petang semalam yang memberitahu ada sekumpulan lelaki berbogel menjalankan aktiviti di padang permainan di kawasan resort tersebut. 

“Seterusnya polis menjalankan siasatan dan mendapati kejadian itu telah berlaku dan kumpulan lelaki yang dilihat berbogel merupakan peserta kem motivasi di resort terbabit,” katanya kepada Bernama hari ini. 

Mohamad Mansor berkata menurut ketua penyelia aktiviti motivasi itu, kejadian berkenaan dipercayai berlaku apabila peserta terbabit menanggalkan pakaian untuk membentuk garisan panjang dalam satu permainan dinamakan ‘All Out’ pada pukul 5.30 petang semalam.

“Dalam permainan itu, peserta yang sudah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dikehendaki membuat garisan panjang dengan menggunakan alatan yang ada pada badan peserta.

“Semasa permainan ada peserta mulai menanggalkan pakaian untuk membentuk garisan tersebut dan menyebabkan keadaan berlarutan sehingga peserta mula menanggalkan semua pakaian serta berbogel,” katanya.

Beliau berkata sembilan fasilitator termasuk dua wanita bagi program motivasi yang dirancang selama tiga hari bermula Jumaat lepas turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline