Thursday June 15, 2017
12:15 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Keratan akhbar laporan Harian Metro, 15 Jun 2017.Keratan akhbar laporan Harian Metro, 15 Jun 2017.KUALA LUMPUR, 15 Jun — Foto seorang wanita bertudung yang leka menghisap syabu, tular di Facebook sejak kelmarin, dan kini sedang dijejaki polis.

Foto itu difahamkan dimuatnaik oleh bekas teman lelaki wanita itu dan dia dipercayai turut berkongsi 'dapur' menghisap dadah, lapor Harian Metro.

Polis Kuala Lumpur sedang mengesan identiti wanita itu, dipercayai warga tempatan, namun belum pasti sama ada kejadian berlaku di sini atau luar bandar.

“Buat masa ini, kami masih belum berjaya mengesan dan mengenalpasti identiti wanita itu,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ACP Guan Beng Kang.

“Siasatan kini menjurus kepada kemungkinan ia berlaku di luar kawasan Kuala Lumpur.”

Guan berkata kes disiasat secara menyeluruh termasuk unsur balas dendam dan sama ada lelaki itu juga terbabit dengan dadah.

Katanya penyebaran gambar itu boleh menjadi ikutan anak muda apatah lagi media sosial kerap digunakan untuk berkomunikasi.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline