Last updated Thursday, May 25, 2017 1:24 am GMT+8

Thursday April 20, 2017
10:27 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ketua Polis Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata gerakan memburu suspek kini sedang giat dijalankan. ― Foto oleh Saw Siow FengKetua Polis Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata gerakan memburu suspek kini sedang giat dijalankan. ― Foto oleh Saw Siow FengSHAH ALAM, 20 April ― Seorang anggota polis cedera di paha selepas ditikam seorang lelaki selepas ditegur kerana menghisap rokok di stesen minyak di Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian 9 pagi itu, Koperal Mohamad Azli Hashim, 32, dari unit Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor singgah di stesen minyak itu selepas menghantar seorang pegawai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Shah Alam (HSA).

“Kejadian berlaku di stesen minyak itu, apabila mangsa menegur seorang lelaki berumur 30-an agar tidak menghisap rokok ketika berada di stesen minyak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Bagaimanapun, menurutnya, teguran itu tidak diendahkan lelaki itu yang kemudiannya beredar menuju ke arah motosikalnya.

“Anggota polis itu kemudian mengekori suspek dan berlaku pergelutan menyebabkan paha anggota polis itu cedera selepas ditikam oleh suspek menggunakan senjata tajam,” katanya.

Shafien berkata suspek kemudian melarikan diri menggunakan sebuah motosikal Yamaha LC 135 dengan nombor pendaftaran BLY 1691.

Katanya orang awam kemudian membantu menghantar anggota polis itu ke HSA dan mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar.

“Gerakan memburu suspek kini giat dijalankan dan saksi yang melihat kejadian itu diminta tampil membantu polis berhubung kes berkenaan,” katanya. ― Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline