Last updated Saturday, December 10, 2016 9:01 am GMT+8

Thursday December 1, 2016
2:47 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Wartawan Al Jazeera yang mendedahkan sindiket jual bayi luar nikah memberikan kerjasama baik ketika disiasat polis semalam, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar. ― Foto BernamaWartawan Al Jazeera yang mendedahkan sindiket jual bayi luar nikah memberikan kerjasama baik ketika disiasat polis semalam, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar. ― Foto BernamaKUALA LUMPUR, 1 Dis ― Susulan pendedahan Al Jazeera tentang sindiket jual bayi, polis mencekup dalang utama dalam serbuan di tujuh premis di Selangor dan Negeri Sembilan semalam.

Operasi “Ops Baby” Unit Anti Penyeludupan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) Bukit Aman menahan tiga individu termasuk seorang wanita, lapor Kosmo!.

Wanita dikenali “Bonda” ditahan bersama anak lelakinya di Tanjung Sepat, Sepang kerana disyaki orang tengah menguruskan penjualan bayi luar nikah kepada pasangan suami isteri.

Turut ditahan seorang doktor berusia 54 tahun di Taman Puchong Indah bagi membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkata tangkapan itu bagi membantu siasatan susulan laporan stesen televisyen antarabangsa itu minggu lalu.

“Selain itu polis turut menyerbu lima lokasi membabitkan dua klinik bersalin wanita di Klang serta tiga unit kediaman di Sepang dan Klang di Selangor serta Labu di Negeri Sembilan,” kata Datuk Seri Mohmad Salleh kepada akhbar itu.

Dokumentari Malaysia: Babies for Sale pada 25 November lalu mendedahkan bayi dijual dengan harga sehingga RM11,000 seorang lengkap dengan sijil kelahiran palsu.

Laporan selama 25 minit itu mendakwa kakitangan awam juga terlibat, termasuk doktor dan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata wartawan warga tempatan yang membuat pendedahan itu memberikan kerjasama baik ketika dipanggil polis semalam.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline