Last updated Tuesday, September 27, 2016 6:38 am GMT+8

Thursday September 22, 2016
10:10 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Najib Razak menjelaskan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mencampuri hal  Parti Pribumi Bersatu Malaysia. — Foto BernamaDatuk Seri Najib Razak menjelaskan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mencampuri hal Parti Pribumi Bersatu Malaysia. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah menjelaskan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

Perdana menteri berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Yang di-Pertuan Agong, yang telah menerima menghadap Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, minggu lepas.

“Dalam pertemuan itu, baginda mengambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir.

“Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong turut menjelaskan kepada Tun Dr Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat oleh PPBM,” kata Najib dalam satu kenyataan semalam.

Perdana menteri berkata, ini kerana deklarasi dibuat PPBM tidak mengikut perlembagaan dan sebarang tindakan sepatutnya diuruskan menurut amalan lazim iaitu melalui Parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline