Thursday February 1, 2018
10:41 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

M. Indira Gandhi (kanan) dan anak perempuannya Tevi Darsiny menunjukkan foto Prasana Diksa yang dilarikan bapanya ketika kecil, 30 Januari 2018. — Foto oleh Farhan NajibM. Indira Gandhi (kanan) dan anak perempuannya Tevi Darsiny menunjukkan foto Prasana Diksa yang dilarikan bapanya ketika kecil, 30 Januari 2018. — Foto oleh Farhan NajibKUALA LUMPUR, 1 Feb — M. Indira Gandhi tidak keberatan jika anak perempuannya Prasana Diksa kekal beragama Islam.

Beragama Hindu, beliau mengulas kenyataan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang menggesa polis menghentikan pencarian bekas suaminya.

“Saya tidak kisah apa agama yang dipilih Prasana. Dia boleh kekal Islam jika dia mahu.

“Apa yang saya mahu ialah dia kembali ke pangkuan saya. Saya tidak tahu bagaimana rupanya sekarang. Hanya teringat wajahnya semasa bayi.

“Adakah ini adil kepada saya selaku ibu? Melarikan anak saya tanpa pengetahuan. Agama adalah pilihan peribadinya. Saya tidak akan masuk campur atau paksa.

“Saya hanya mahukan anak saya kembali. Jangan gunakan agama untuk memisahkan kami,” kata Indira kepada Malay Mail.

PUM dalam satu kenyataan berkata perselisihan antara agama boleh berlaku jika polis terus memburu Muhammad Riduan Abdullah dan Prasana.

Baca selanjutnya di Malay Mail Online

Iklan

Iklan

MMO Instagram