Monday October 9, 2017
5:47 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Perunding feng shui menang loteri RM20.5 juta mendapat kombinasi nombor selepas bersembahyang di tokong yang biasa dikunjunginya. — Foto AFPPerunding feng shui menang loteri RM20.5 juta mendapat kombinasi nombor selepas bersembahyang di tokong yang biasa dikunjunginya. — Foto AFPKUALA LUMPUR, 9 Okt — Tuah perunding feng shui dari Johor datang bergolek apabila menang loteri Toto 4D berjumlah RM20.5 juta.

Lelaki berusia 61 tahun itu mengambil ganjaran kemenangannya minggu lalu melalui kombinasi nombor 1651 dan 7288 selepas bersembahyang di tokong yang biasa dikunjunginya.

“Ramai pengikut tokong tersebut menang loteri. Saya mendapat nombor bertuah saya 1651 dan 7288 selepas sembahyang pada Jumaat.

“Tetapi saya hanya membeli nombor tersebut buat pertama kali pada Sabtu dan menang loteri RM20.5 juta.

“Saya mesti berterima kasih kepada Tuhan kerana melindungi saya,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan Sports Toto Malaysia.

Perunding feng shui itu berkata sebahagian hadiah kemenangannya akan disumbangkan kepada tokong berkenaan.

Baca selanjutnya di Malay Mail Online.

Iklan

Iklan

MMO Instagram