Last updated Tuesday, September 27, 2016 11:56 pm GMT+8

Friday September 23, 2016
5:56 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Lambang Yahoo! tertera di sebuah bangunan di Rolle, 30km dari timur Geneva, dalam foto yang diambil pada 12 Disember 2012. — Foto Reuters Lambang Yahoo! tertera di sebuah bangunan di Rolle, 30km dari timur Geneva, dalam foto yang diambil pada 12 Disember 2012. — Foto Reuters SAN FRANCISCO, 23 Sept — Maklumat peribadi 500 juta akaun pengguna syarikat gergasi Internet Yahoo! dicuri penggodam sejak akhir tahun 2014.

Dipercayai didalangi sebuah negara, yang tidak dinamakan, penggodam mencuri data seperti nama, kata laluan, alamat emel dan nombor telefon.

Yahoo! bagaimanapun percaya maklumat kewangan seperti butiran kad kredit dan akaun bank tidak berjaya dicuri, lapor The Guardian hari ini.

Syarikat itu menggalakkan penggunanya untuk menyemak akaun bagi mengesan kegiatan mencurigakan.

Ia juga meggesa pengguna menukar kata laluan dan soalan serta jawapan keselamatan, termasuk akaun-akaun lain yang menggunakan kata laluan sama.

Pengguna turut diingatkan berhati-hati apabila menerima emel daripada akaun Yahoo!, khususnya jika ia meminta mengklik pautan tertentu atau membuka sebarang lampiran yang dikepilkan atau yang meminta butiran peribadi.

Yahoo! mula menyiasat penggodaman itu sejak musim panas tahun ini tetapi waktu itu hanya menganggarkan 200 juta akaun pengguna terjejas.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline