Last updated Saturday, December 10, 2016 9:01 am GMT+8

Friday December 2, 2016
4:25 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Idris Haron memberi peringatan agar orang Melayu tidak alpa tentang nasib bangsa sendiri. — foro Bernama Datuk Seri Idris Haron memberi peringatan agar orang Melayu tidak alpa tentang nasib bangsa sendiri. — foro Bernama KUALA LUMPUR, 2 Dis — Perhimpunan Agung Umno (PAU) ruang buat orang Melayu memberi peringatan supaya tidak alpa tentang nasib bangsa sendiri dan bukan perhimpunan rasis, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu menempelak dakwaan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah yang mendakwa ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengundang bencana perkauman, sambil menyatakan Saifuddin sudah ‘hilang kebijaksanaan’ sejak menyertai pakatan itu.

“Ini perhimpunan orang Melayu, dalam perhimpunan ini 100 peratus orangnya Melayu dan bumiputera, perhimpunan Melayu pun tidak boleh bercakap mengenai keindukan Melayu apa maknanya perhimpunan ini.

“(PAU) memberikan peringatan kepada orang Melayu jika kita alpa, kita tidak jaga-jaga, kita tidak berhati-hati, keindukan kita akan diambil alih parti DAP yang sememangnya rasis,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan Saifuddin sebagai berkata Najib melakukan kesilapan besar dalam ucapannya kerana boleh mengundang bencana perkauman di negara ini dan kesilapan itu tidak sepatutnya dilakukan seorang Perdana Menteri.

Najib dalam ucapan dasarnya semalam mengingatkan bahawa persoalan memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 tidak diambil mudah, sekiranya negara jatuh ke tangan kerajaan berindukkan DAP, hak dan keistimewaan kerajaan berindukkan Umno seperti institusi agama, raja dan bumiputera akan lenyap serta diperlekeh.

Idris berkata Umno ditubuhkan untuk orang Melayu dan berjuang demi kepentingan bangsa itu, namun melalui Barisan Nasional (BN), Umno bertolak ansur dengan parti komponennya yang turut mewakili bangsa lain.

“Dalam BN ada MCA untuk orang Cina cakaplah apa sahaja mengenai bangsa mereka, MIC untuk orang India cakaplah untuk orang India, tetapi apabila bersama di bawah payung BN, semua parti ini bersatu di bawah perjuangan untuk rakyat Malaysia.

 

“Ini jauh berbeza dengan DAP yang mendakwa mereka berbilang bangsa tetapi itu hanya topeng yang mereka pakai, mereka berjuang untuk satu kaum sahaja,” katanya. — Bernama 

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline