Last updated Thursday, September 29, 2016 11:56 pm GMT+8

Thursday September 22, 2016
4:00 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Rozita Che Wan mengakui suka memakai baju yang berkilauan. — Foto oleh Choo Choy MayRozita Che Wan mengakui suka memakai baju yang berkilauan. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 22 Sept — Sangat mementingkan penampilan diri, pelakon jelita Rozita Che Wan akui menyukai fesyen yang “mengerlip” sehingga menampakkan kilauan pada bajunya.

Mempunyai citarasa tersendiri dalam fesyen, artis yang dikenali sebagai Che Ta itu berkata pereka fesyen sudah memahami seleranya sekiranya mahu menempah pakaian.

“Biasanya saya akan menyediakan sendiri pakaian untuk digayakan dalam acara yang membabitkan saya. Saya tidak pernah mempunyai perunding imej.

“Apa yang selesa dipakai, itulah yang akan saya gayakan. Jika menempah pakaian, saya juga akan memberi pendapat kepada pereka fesyen.

“Lazimnya, jika pereka fesyen membuat baju untuk saya, mereka sudah sedia maklum, lebih banyak kerlipan lagi bagus. Sebabnya, saya memang suka manik sejak daripada kecil lagi,” katanya kepada Kosmo!.

 

 

Rozita, 43, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu juga turut mengambil berat pemakaian keluarga termasuk tiga anaknya dan menggemari fesyen sedondon.

“Sebenarnya memang saya yang siapkan baju untuk suami dan anak-anak. Sibuk macam mana pun, saya akan pastikan pakaian anak-anak semua terjaga dan mengikut tema jika kami ke luar negara.

“Saya percaya gambar akan kelihatan cantik apabila semua orang mengenakan pakaian warna senada,” kata Che Ta yang sering memuatnaik gambar pakaian sedondon bersama keluarga di laman Instagramnya sewaktu bercuti ke luar negara.

 

 

Always be yourself. No one can ever tell youre doing it wrong . . Beautiful outfitby @qudynaziz . Photoby @qmlrl

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline