Thursday August 10, 2017
2:39 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang wanita tekun mendengar ucapan pada himpunan menyokong RUU 355 anjuran PAS dekat Parlimen, Kuala Lumpur 18 Februari 2017. ― Foto BernamaSeorang wanita tekun mendengar ucapan pada himpunan menyokong RUU 355 anjuran PAS dekat Parlimen, Kuala Lumpur 18 Februari 2017. ― Foto BernamaKUALA LUMPUR, 10 Ogos — Perbahasan usul Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) ditangguhkan lagi.

Pada April lalu, usul meminda rang undang-undang (RUU) Akta 355 dibentangkan namun Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan perbahasan.

Sebelumnya, pembentangan usul itu ditangguhkan, iaitu pada sidang Mei dan November 2016, atas permohonan Hadi, ahli parlimen Marang dan presiden PAS.

Dalam sidang hari ini, usul membahaskan pindaan akta itu, dikenali RUU 355, disenarai perkara ke-10 untuk dibahaskan, lapor Malaysiakini.

Usul itu kemudiannya dimasukkan sebagai perkara keenam selepas empat rang undang-undang diumum akan ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat akan datang.

Kemudian Timbalan Menteri Datuk Razali Ibrahim mencadangkan sidang hari ini hanya berakhir selepas lima rang undang-undang kerajaan diluluskan.

Menurut portal itu, lima RUU termasuklah bacaan kedua dan ketiga untuk RUU Angkatan Tentera (Pindaan) dan RUU Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan).

Tiga lagi berkaitan usul mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), duti kastam dan duti eksais yang dibawa Kementerian Kewangan.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sidang parlimen akan ditangguhkan kepada suatu tarikh akan ditetapkan.  

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline