Friday October 13, 2017
6:13 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Kerajaan mahu menggubal peraturan baharu dalam usaha menghapuskan diskriminasi terhadap pembawa HIV dan penghidap AIDS di tempat kerja. — Foto AFPKerajaan mahu menggubal peraturan baharu dalam usaha menghapuskan diskriminasi terhadap pembawa HIV dan penghidap AIDS di tempat kerja. — Foto AFPKUALA LUMPUR, 13 Okt — Kerajaan mahu menggubal peraturan baharu dalam usaha menghapuskan diskriminasi terhadap pembawa HIV dan penghidap AIDS di tempat kerja.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Richard Riot Jaem berkata kementerian merancang mengkaji semula secara holistik akta-akta sedia ada sebelum menggubal draf dan mengemukakannya kepada Jabatan Peguam Negara dan mengambil langkah seterusnya.

Bagaimanapun, katanya, tiada garis masa tertentu untuk menyiapkan draf itu.

“Tapi yang pasti penglibatan (semua pihak utama) amat penting dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Forum Konsortium Perniagaan Malaysia mengenai HIV/AIDS 2017, di sini hari ini.

Dalam ucapannya, Riot menjelaskan bahawa syarikat-syarikat sedia ada dalam negara hanya dipandu oleh Kod Amalan Pencegahan dan Pengurusan HIV dan AIDS yang dibangunkan oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 2001, yang menyokong pengwujudan suasana kerja yang tidak mudah menghakimi dan mendiskrminasi.

“Apa yang kira ada sekarang hanya garis panduan sukarela. Oleh itu hasrat kami ialah untuk menjadikannya suatu yang wajib,” katanya sambil menambah kata sejak pengenalannya, hanya 42 syarikat yang menerima pakai panduan itu.

Riot menyuarakan kebimbangannya bahawa walaupun kematian berkaitan AIDS telah stabil sejak sedekad lepas, dan membawa kepada perubahan ketara dalam kualiti kehidupan pembawa HIV di negara ini, mereka masih terkesan dengan sikap, amalan dan dasar yang memberi stigma terhadap mereka di tempat kerja.

“Kita tidak harus lupa bahawa AIDS dan HIV tidak boleh menjangkiti seseorang begitu sahaja, tidak seperti penyakit bawaan udara misalnya,” katanya. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline