Thursday May 18, 2017
11:40 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Acara 'Courage in the Face of Adversity' termasuk perarakan LGBT dibatalkan berikutan kecaman golongan pro-Islam. — Foto AFPAcara 'Courage in the Face of Adversity' termasuk perarakan LGBT dibatalkan berikutan kecaman golongan pro-Islam. — Foto AFPKUALA LUMPUR, 18 Mei — Kempen kesedaran isu-isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Universiti Taylor dekat sini terpaksa dibatalkan.

Keputusan membatalkan kempen tiga hari itu, termasuk perarakan, dibuat malam tadi, dipercayai selepas tekanan penulis-penulis blog Islam.

“Courage in the Face of Adversity”, dijadual 6-8 Jun, dibatal susulan bantahan sejak Selasa lalu dengan alasan acara itu berlangsung pada bulan Ramadan.

Acara tersebut termasuklah tayangan filem, forum, pameran dan perarakan dijadual diadakan di kampusnya di Petaling Jaya.

Promosi acara tersebut di Facebook juga telah dipadamkan.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline