Tuesday October 10, 2017
4:27 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Mel, vokalis Sakura Band mengumumkan pengislamannya melalui Instagramnya sempena hari lahirnya ke-29.  ― Foto ihsan Instagram/Mell SakuraMel, vokalis Sakura Band mengumumkan pengislamannya melalui Instagramnya sempena hari lahirnya ke-29. ― Foto ihsan Instagram/Mell SakuraPETALING JAYA, 10 Okt ― Penyanyi Sakura Band, Mell memeluk Islam hasil sokongan ibunya, Nur Batrisyah, 46.

Nama sebenar Melly Matius, beliau mengumumkan pengislamannya dalam Instagramnya sempena hari lahirnya ke-29, lapor mStar Online.

“Alhamdulillah, ini keputusan saya untuk memilih agama Islam sebagai panduan hidup.

“Bersempena hari lahir saya yang ke 29, saya beranikan diri untuk memaklumkan mengenai status agama saya,” katanya.

Beliau menyifatkan ibunya, seorang mualaf banyak memberi dorongan dan menyokong terhadap keputusan itu.

Artis asal Kota Kinabalu, Sabah itu enggan mengulas lanjut penghijrahannya kerana mahu menjaga hati beberapa pihak.

Artikel-artikel berkaitan

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline