Sunday April 9, 2017
1:48 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pesawat Malaysia Airlines yang membawa 67 orang tergelincir semasa mendarat di lapangan terbang Sibu malam tadi. — Foto ihsan Facebook/Sini LakenPesawat Malaysia Airlines yang membawa 67 orang tergelincir semasa mendarat di lapangan terbang Sibu malam tadi. — Foto ihsan Facebook/Sini LakenSIBU, 9 April — Seorang penumpang Malaysia Airlines berasa “hampir mati” apabila pesawat tergelincir sewaktu mendarat di sini malam tadi.

Mohd Nikman Hashim sudah tidak sedap hati dan hilang selera makan sebelum menaiki pesawat MH 2718 dari Kuala Lumpur, lapor Berita Harian.

Melihat cuaca pula buruk dan bayi menangis tidak henti-henti, beliau semakin cemas apabila pesawat berlegar-legar selama 20 minit setelah gagal mendarat kali pertama.

“Kemudian, kapal terbang masuk (terbabas) ke padang (tepi landasan) disusuli bunyi (dentuman) kuat dari bahagian tayar,” coretnya di Facebook.

“Saya terus tunduk mengambil posisi selamat. Rasa macam dekat sangat dengan kematian.”

Namun, Mohd Nikman dan ibu bapanya bersama 58 lagi penumpang dan enam anak kapal bersyukur kerana terselamat.

Tiada penumpang Boeing 737-800 itu dilaporkan cedera dalam kejadian 10.17 malam tadi, lapor Bernama.

Susulan itu, lapor agensi berita itu, 48 penerbangan keluar masuk Sibu, yang melibatkan 3,787 orang penumpang, hari ini dibatalkan.

Sebanyak 28 penerbangan MASwings, 16 penerbangan AirAsia dan empat penerbangan Malaysia Airlines terjejas.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline