Monday May 8, 2017
9:48 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Maria Ozawa berada di Kuala Lumpur dengan teman lelakinya, warga Filipina, pelakon dan cef Jose Sarasola. — Foto ihsan Instagram/Maria OzawaMaria Ozawa berada di Kuala Lumpur dengan teman lelakinya, warga Filipina, pelakon dan cef Jose Sarasola. — Foto ihsan Instagram/Maria OzawaKUALA LUMPUR, 8 Mei — Masyarakat Islam yang teruja dengan ketibaan Maria Ozawa membuktikan adat ketimuran dan nilai Islam makin terhakis, dakwa pensyarah.

“Keterujaan segelintir masyarakat Islam terhadap kedatangan bekas pelakon lucah Jepun ini dilihat manifestasi adat ketimuran dan nilai Islam di negara ini semakin terhakis,” kata Dr Kamarulzaman Yusof kepada Harian Metro.

“Saya juga melihat bahawa keterujaan segelintir masyarakat Islam terhadap kedatangannya menunjukkan mereka mengikuti perkembangan artis itu, termasuk menonton filem tidak bermoral yang dihasilkan wanita itu.”

Maria, 31, pelakon yang dikenali seluruh Asia melalui aksi-aksinya dalam filem dewasa, berkunjung ke Kuala Lumpur sambil melancong.

Tidak pasti kegiatannya di sini, pelakon itu memuatkan fotonya di sini di Instagram pada Sabtu dengan coretan “Hello Kuala Lumpur!”

Maria berada di sini dengan teman lelakinya, warga Filipina, pelakon dan cef Jose Sarasola, lapor portal Star Online.

Kamarulzaman, pensyarah Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia, mahu keterujaan dizahirkan pada “pelakon yang lebih bermoral” atau cendekiawan Islam yang hadir ke negara ini.

Menurutnya lagi, penghormatan dan keterujaan mesti berdasarkan konsep Islam kerana dibimbangi moral seseorang selebriti atau tokoh itu diikuti anak muda.

“Penghormatan itu bukan kesalahan, namun jika kita meletakkan penghormatan berlebihan pada pelakon yang terbabit dalam kegiatan tidak bermoral, ini yang merunsingkan kita kerana ini menunjukkan norma adat ketimuran semakin hilang,” katanya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline