Monday February 12, 2018
11:09 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pelbagai pihak menggesa kerajaan Selangor membenarkan Red Giants menggunakan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi. — Paparan skrin GooglePelbagai pihak menggesa kerajaan Selangor membenarkan Red Giants menggunakan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi. — Paparan skrin GoogleSHAH ALAM, 12 Feb — Pengurus pasukan bola sepak Selangor "malu" dengan kenyataan menteri besar yang membuat perbandingan suasana sukan itu dengan keadaan di Iraq.

Datuk Abdul Rauf Ahmad berkata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali patut memikirkan pembangunan bola sepak negeri khususnya Red Giants, lapor Utusan Online.

"Susah saya nak ulas mengenai kenyataan menteri besar (Azmin) itu, nak ulas pun rasa malu kerana sikap yang ditunjukkannya itu seolah-olah tidak matang,"kata naib presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

"Bagi pemain Red Giants dan rakyat Selangor, Stadium Shah Alam merupakan 'stadium keramat' dan tempat jatuh bangunnya sukan bola sepak di Selangor lebih 20 tahun lalu".

Red Giant dihalang beraksi di stadium itu berikutan masalah antara FAS dan kerajaan Selangor sejak akhir 2016.

Abdul Rauf meminta Azmin tidak hanya "cakap belakang" sebaliknya berunding dengan presiden FAS Datuk Seri Subahan Kamal dalam isu tersebut.

Semalam, Azmin menyindir gesaan untuk membenarkan Red Giants menggunakan stadium tersebut sebagai gelanggang rasmi Liga Malaysia 2018.

"Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh main dekat padang pasir," Azmin dilapor berkata.

Iklan

Iklan

MMO Instagram