Last updated Saturday, December 10, 2016 9:01 am GMT+8

Friday December 2, 2016
12:03 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang berkata suspek diberkas di lokasi kejadian dan punca kejadian masih dalam siasatan. ― Foto ihsan Facebook/Darren Daniel TorresKetua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang berkata suspek diberkas di lokasi kejadian dan punca kejadian masih dalam siasatan. ― Foto ihsan Facebook/Darren Daniel TorresGEORGE TOWN, 1 Dis ― Dua nyawa orang awam menjadi korban selepas pengawal peribadi seorang datuk melepaskan tembakan rambang di sini lewat petang tadi.

Pengawal peribadi itu turut menembak majikannya sendiri, Datuk Ong Teik Kwang selepas dilaporkan mengamuk ketika berada di dalam kenderaan.

Seorang lagi yang berada dalam kenderaan cuba melarikan diri namun tembakan rambang suspek terkena seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal yang melalui jalan sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang berkata punca sebenar suspek mengamuk dalam kejadian di Lebuhraya Lim Chong Eu petang tadi masih dalam siasatan.

“Ekoran kejadian itu, tiga mangsa termasuk lelaki berstatus Datuk terbabit mati di lokasi kejadian.

“Manakala empat yang cedera termasuk seorang wanita dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan kecemasan,” kata Senior Asisten Komisioner Zainol Samah seperti dilaporkan Berita Harian.

Dalam kejadian tembakan rambang 7.30 petang tadi, empat mangsa cedera termasuk jurukamera sambilan RTM dan seorang kakitangan wanita Tenaga Nasional Berhad.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline