Last updated Saturday, December 10, 2016 7:04 am GMT+8

Friday December 2, 2016
3:32 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Suspek menembak mati majikannya dan dua individu lain disahkan mengalami masalah mental, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. — Foto ihsan Facebook/Darren Daniel TorresSuspek menembak mati majikannya dan dua individu lain disahkan mengalami masalah mental, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. — Foto ihsan Facebook/Darren Daniel TorresGEORGE TOWN, 2 Dis — Lelaki yang menembak mati majikannya dalam insiden di lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu malam semalam disahkan mengalami masalah mental, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara berkata suspek berusia 37 tahun merupakan bekas tentera dan baru hari pertama bekerja sebagai pengawal peribadi mangsa, Datuk Ong Teik Kwang, 32, lapor Harian Metro.

Lelaki berasal dari Kepong, Kuala Lumpur menurut Khalid memiliki permit untuk membawa dan menggunakan senjata api namun tiada rekod jenayah.

Turut ditahan pemandu mangsa berusia 32 tahun yang melarikan diri selepas dipukul pengawal peribadi terbabit.

Ketika kejadian pengawal peribadi berada di tempat duduk belakang sementara pemandu berkenaan duduk di kerusi penumpang hadapan. Mangsa memandu sendiri kereta kerana pemandunya itu mabuk, lapor portal itu lagi.

Kedua-dua mereka direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Turut maut dalam dalam kejadian jam 7.15 malam semalam Senthil Murugiah, 38, dan Choi Hon Ming, 32.

Manakala lima yang cedera Lee Hong Boon, 56, Nurul Huda Aziz, 38, Arivarni Krishnan, 33, Lim Boon Leng, 32, dan jurukamera RTM Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 28.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline